RS3

Empat tahun Fyna Jebat disimpan lelaki… Anak pula rupanya sudah 2 tahun

by

in

PENYANYI Fyna Jebat tampil meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang didakwa telah melampaui batas.

Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat, 31, mendedahkan dirinya telah ‘disimpan’ selama empat tahun oleh individu yang enggan didedahkan identitinya.

Menerusi hantaran di InstaStory, Fyna memberi bayangan bahawa individu terbabit pernah melakukan sesuatu yang meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya serta anak yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

“Aku rasa lama dah aku diam. Kawan aku telefon nak bagi duit raya, mula kau meroyan sampai campak telefon aku ke?

“Terpaling tersakiti kau ya. Kemain asal gaduh cakap nak berlawan. Habis itu kau nak aku buka buku kau ke macam mana?

“Kau salah orang nak gaduh. Empat tahun simpan aku, kau fikir balik apa kau buat pada aku dan anak aku sampai nak masuk dua tahun dah dia,” katanya pada Rabu.

Berang dengan apa yang berlaku, Fyna memberi amaran keras agar individu tersebut bersiap sedia untuk berdepan tindakan undang-undang.

Malah penyanyi itu turut menyindir sikap individu berkenaan yang didakwa berpura-pura baik di hadapan orang lain.

“Macam kau tiada kawan perempuan, macam kau terpaling suci. Kalau kau rasa terpaling suci, pergi jujur pada isteri kau. Sampai bila pula hidup aku nak jadi simpanan.

“Sampai anak aku 20 tahun ke nak simpan? Kali ini tiada muka dah untuk kau ya. Sila hadirkan diri di mahkamah bulan empat ya. Jangan rasa terpaling suci sampai terlupa adil,” ujarnya.

Kredit : Mstar

Please wait while you are redirected…or Click Here if you do not want to wait.